Anggota polis trafik cedera dirempuh pemandu positif dadah,cuba lari sekatan jalan raya

ANGGOTA polis trafik cedera dirempuh pemandu positif dadah, cuba lari sekatan  Seorang anggota polis trafik cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang melarikan diri daripada pemeriksaan sekatan jalan raya di Jalan Silibin, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata kejadian berlaku pada 9.45 pagi dan polis berjaya menahan suspek lelaki berusia 29 tahun selepas kereta itu terbabas di lampu isyarat Taman Wing Onn.

Beliau berkata pemandu kenderaan itu tidak mematuhi arahan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk berhenti menyebabkan tiga anggota trafik mengekori kereta tersebut.

“Apabila tiba di kawasan lampu isyarat berhampiran Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, pemandu itu memasuki lorong kiri sebelum membuat pusingan U secara tiba-tiba dan merempuh seorang anggota trafik

“Pemandu melarikan diri ke arah Gunung Lang dan memandu melawan arus di kawasan berhampiran sebuah restoran makanan segera di Gunung Lang sebelum terbabas di kawasan lampu isyarat Taman Wing Onn,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Najib berkata anggota trafik yang dirempuh itu patah tangan kiri serta kaki kanan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Siasatan lanjut mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan kenderaan tamat tempoh selain ujian saringan awal air kencing didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, satu video berdurasi 18 saat tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan putih bergerak laju dan melanggar pembahagi jalan sebelum melawan arus serta merempuh beberapa kenderaan di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here