Banjir kilat landa Baling, empat mangsa diselamatkan

BEBERAPA kawasan di daerah Baling dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang tadi, menyebabkan beberapa laluan jalan raya terputus hubungan akibat limpahan air.

Dalam kejadian itu, dua wanita warga emas dan dua kanak-kanak yang terperangkap di Kampung Charuk Kelian berjaya diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.40 malam sebelum operasi menyelamat dijalankan.

“Mangsa yang diselamatkan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi malam ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, antara kawasan lain yang terjejas adalah Kampung Charuk Sikin, Lata Bayu, Batu 8 dan Kampung Parit Panjang.

Katanya, paras air di beberapa kawasan dilaporkan mula surut sebelum hujan kembali turun, manakala operasi pemantauan dan menyelamat masih diteruskan.

Mengulas kejadian di Lata Bayu, Zulkhairi menjelaskan banjir berkenaan bukan berpunca daripada fenomena kepala air, sebaliknya disebabkan limpahan air susulan taburan hujan yang tinggi.

Sementara itu, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

Limpahan air turut dilaporkan berlaku di jalan raya sekitar Sungai Tembak serta Jalan Asam Jawa, Parit Panjang berhampiran Charok Salang.

Zulkhairi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada, memantau perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil risiko meredah arus deras serta mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan keadaan cuaca yang masih hujan dan pemantauan berterusan sedang dilakukan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here