Bekas jurulatih sukan rugi RM828,328 terperdaya ‘phone scam’ menyamar pegawai polis

SEORANG  bekas jurulatih sukan di Pulau Pinang kerugian RM838,328 selepas terperdaya sindiket penipuan “phone scam”, bulan lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata lelaki berusia 75 tahun dihubungi suspek menyamar sebagai pegawai polis, memaklumkan mangsa disenarai hitam kerana terlibat kes penyebaran maklumat palsu dan pengubahan wang haram.

“Suspek meminta semua maklumat akaun simpanan mangsa dan mengarahkan lelaki itu memindahkan wang dari akaun simpanan tetap ke sebuah lagi akaun bank miliknya.

 “Pada 11 Ogos, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan kad bank dengan meninggalkan sampul surat berisi kad itu berhampiran pos pengawal kawasan perumahannya atas alasan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini semalam, selepas mendapati semua wang di dalam akaun simpanan itu dipindahkan ke akaun tidak diketahui.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Azizee menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan panggilan telefon yang meminta maklumat peribadi atau butiran perbankan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img