Buruh binaan maut terperangkap dalam kebakaran rumah di Kuala Nerus

SEORANG buruh binaan maut selepas terperangkap dalam  kebakaran sebuah rumah di di Kampung Pak Tuyu, Mengabang Telipot, Kuala Nerus semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Shafie Awang @ Abd Rahman, 49, dipercayai berlari masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan kunci motosikal miliknya sebelum api merebak dengan cepat.

Menurut saksi kejadian, Mohd Faizal Mohd Fazil, 30, mangsa dipercayai baru pulang dari tempat kerja sebelum mendapati rumahnya telah terbakar.

“Dia masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil kunci motosikal yang diletakkan di luar, tetapi api merebak terlalu cepat menyebabkan mangsa terperangkap,” katanya lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Negeri Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus tiba di lokasi lapan minit kemudian.

Katanya, mayat mangsa ditemukan di bahagian hadapan rumah selepas kebakaran berjaya dipadamkan sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata, kebakaran tersebut memusnahkan sepenuhnya sebuah rumah serta sebuah motosikal jenis LC135 milik mangsa.

“Operasi ini melibatkan seramai 21 anggota bomba dengan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.

“Pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dan dua pancutan air sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.02 malam,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran serta siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img