Utama

Seorang maut, seorang cedera ketika bekerja di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Seorang pekerja lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini hari ini. Tanpa mendedahkan perincian lanjut punca kejadian, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa Mohammad Shamsudin Ismail berkata anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.49 petang dan tiba 18 minit kemudian dengan jarak kira-kira lapan kilometer. "Setibanya pasukan BBP Pengkalan Chepa di lokasi, kami mendapati terdapat kemalangan melibatkan dua lelaki dewasa iaitu seorang patah kaki kanan dan seorang lagi telah meninggal dunia. "Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Mas Idham Mahamad berusia 22 tahun dan berasal dari Banting, Selangor. Jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut.

UMNO perlu kaji semula kedudukan dalam Kerajaan – Ku Li

Tengku Razaleigh saran serah balik kuasa dan kembali bersatu

Polis sahkan mayat dalam beg adalah Suri Narudin

pengesahan itu adalah hasil pemeriksaan dan perbandingan cap jari

SPRM siasat bekas menteri pernah didakwa di mahkamah, berhubung kes rasuah

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan terbaharu mengenai kes itu

Pegawai kanan JKDM dakwa ‘dihukum’ pindah tanpa sebab, buat laporan polis

Pegawai kastam berkenaan mendakwa dia dikenakan punitive transfer tanpa alasan munasabah dan tanpa proses siasatan dalaman yang adil

Terkini

spot_imgspot_img