CCTV, dashcam bantu siasatan kes pukul pengkritik sukan

POLIS akan menyiasat dari semua sudut berhubung kes serangan terhadap pencipta kandungan YouTube dan pengkritik bola sepak tempatan, Azizurrahman Zakaria atau Joe Zakaria (YTSK), yang diserang dua lelaki di sebuah stesen minyak berhampiran Bandar Sri Damansara, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, siasatan meliputi penelitian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kamera papan pemuka (dash cam) serta rakaman percakapan saksi yang boleh membantu mengenal pasti suspek dan motif kejadian.

“Kita akan siasat dari semua sudut termasuk meneliti rakaman CCTV dan dash cam serta merakam percakapan saksi-saksi yang boleh membantu siasatan. Motif juga masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Joe Zakaria diserang dua lelaki tidak dikenali ketika berada di sebuah stesen minyak berhampiran Bandar Sri Damansara.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami patah tulang pada bahagian mata serta beberapa kecederaan lain.

Shamsudin berkata, usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

Untuk rekod, Azizurrahman yang menggunakan nama Joe Zakaria menerusi saluran YouTube YTSK aktif menghasilkan kandungan berkaitan jersi dan kasut bola sepak serta berkongsi pandangan mengenai perkembangan bola sepak tempatan.

Saluran itu mempunyai kira-kira 10,900 pelanggan dengan lebih 150 video setakat ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img