Dua lelaki ditahan larikan peti besi RM200,000

DUA lelaki ditahan selepas dipercayai melarikan sebuah peti besi mengandungi wang tunai dan barang kemas bernilai kira-kira RM200,000 dalam kejadian pecah rumah di Kampar, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 10 Ogos ketika mangsa keluar bekerja.

Menurutnya, mangsa hanya menyedari kejadian selepas pulang ke rumah dan mendapati kediamannya dalam keadaan berselerak.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah peti simpanan yang mengandungi wang tunai serta pelbagai barang kemas telah hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat risikan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar menjalankan operasi bagi mengesan suspek.

Katanya, hasil serbuan di sebuah rumah di Brinchang, Pahang, polis berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

“Suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki warga Indonesia berusia 35 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun,” katanya.

Mohamad Nazri berkata, polis turut merampas pelbagai jenis barang kemas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pecah rumah berkenaan.

“Kedua-dua suspek telah direman selama lima hari sehingga 17 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan mencuri,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here