Dua rumah musnah terbakar, dipercayai berpunca dari sebuah motosikal

DUA buah rumah musnah dalan kebakaran yang berlaku dipercayai bermula daripada sebuah motosikal yang terbakar di Chabang Tiga Bagus, Rantau Panjang di Pasir Mas petang tadi.

Kejadian pada jam 6.30 petang itu disedari penduduk, Hairul Shariel Abdullah, 24, ketika melalui kawasan berkenaan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Menurutnya, dia ternampak sebuah motosikal Yamaha Ego yang diparkir di hadapan rumah sedang terbakar di bahagian tempat duduk.

“Memandangkan keadaan jalan yang sempit, saya perlu mencari tempat sesuai untuk parkir kereta sebelum bergegas ke rumah terbabit.

“Sebaik tiba, saya lihat api sudah merebak ke bahagian hadapan rumah dan tidak berani untuk cuba memadamkannya, tambahan pula keadaan agak panik.

“Saya segera menghubungi bomba dan berasa agak lega kerana dimaklumkan tiada penghuni dalam dua rumah terbabit ketika itu,” katanya ketika dihubungi media, lapor Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang, Hamzah Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 6.40 petang.

Beliau berkata, seramai 21 pegawai dan anggota termasuk dari BBP Pasir Mas dan Tunjong dikerahkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan dua unit rumah jenis separuh kekal dengan kemusnahan 80 peratus serta 30 peratus. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img