Empat lelaki dipenjara lapan bulan ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

EMPAT lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menebang pokok dan menceroboh kawasan Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan, Selasa lalu.

Keempat-empat tertuduh, Nasir Abdullah, Parihin Ariffin, Arif Ariffin dan Firman Tompo, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali.

Bagi pertuduhan pertama, kesemua tertuduh didakwa menebang pokok di Lot 4, Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan pada jam 11.31 pagi, Selasa lalu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menceroboh kawasan berkenaan pada waktu dan tempat yang sama.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(1)(a) dan Seksyen 15(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 17(3) dan 15(4) serta Seksyen 96(7) enakmen sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL), Primus Lambut, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap setiap tertuduh.

Selepas selesai menjalani hukuman, mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here