Pelaksanaan BDR, jimat 334,000 liter minyak RON95

PELAKSANAAN dasar bekerja dari rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam berjaya menjimatkan kira-kira 334,000 liter minyak RON95 sejak 15 April lalu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Sejak 15 April sehingga semalam dianggarkan penjimatan yang telah berjaya dilakukan berjumlah 334,000 liter minyak bersamaan dengan penjimatan RM678,000,” katanya sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini seramai 155,000 penjawat awam telah mendaftar di bawah pelaksanaan BDR, dengan anggaran penjimatan mencecah RM678,000.

“KSN turut diingatkan supaya mendapatkan maklumat daripada sektor swasta berhubung pelaksanaan BDR bagi menilai secara keseluruhan jumlah penjimatan yang dapat dicapai,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar itu sebagai langkah mendepani krisis tenaga global berikutan perang Asia Barat yang memberi kesan rantaian kepada dunia.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img