Gangguan bagasi KLIA: MAHB tambah petugas di kawasan kritikal

GANGGUAN perkhidmatan bagasi di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang berpunca daripada bekalan elektrik terputus berjaya dipulihkan sepenuhnya selepas kira-kira lima jam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Gangguan berkenaan mengambil masa kira-kira lima jam sebelum berjaya dipulihkan sekitar pukul 10.30 malam (18 April),” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan melaksanakan beberapa langkah segera bagi mengelakkan kejadian berulang.

“Antara langkah tersebut termasuk menambah bilangan petugas di kawasan ketibaan serta lokasi kritikal yang dikenal pasti,” katanya.

Tambah beliau, MAHB juga akan mengemukakan laporan kemajuan secara mingguan kepada Kementerian Pengangkutan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Sebelum ini, media melaporkan gangguan bekalan elektrik telah menyebabkan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) di Terminal 1 KLIA terjejas, pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan (MOT), hasil siasatan telah mengenal pasti punca utama gangguan berkenaan, dan langkah mitigasi segera serta jangka panjang sedang dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian berulang di samping memperkukuh daya tahan sistem

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img