Guru antara empat ditahan disyaki edar ganja

SEORANG guru antara empat lelaki yang ditahan di sebuah rumah di Kampung Raja, Besut awal pagi semalam selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran ganja.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, serbuan jam 1.30 pagi itu dibuat hasil risikan polis berhubung aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi menemukan bahan disyaki ganja seberat 21.70 gram dengan nilai rampasan RM1,085.

“Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 36 tahun termasuk seorang penjawat awam berkhidmat sebagai guru.

“Ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada suspek positif ganja THC atau Tetra Hydrocannibol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rozaime berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta dadah berbahaya 1952.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img