Guru wanita rempuh pelajar depan surau akan didakwa esok

SEORANG guru wanita berusia 57 tahun akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu esok berhubung kejadian merempuh dua pelajar Tingkatan Satu di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, April lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, mengesahkan guru berkenaan akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 304A dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Guru berkenaan didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan menyebabkan kecederaan,” katanya, lapor Buletin TV3.

Dalam kejadian pada 12 April lalu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh kenderaan dipandu guru terbabit di hadapan surau sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, sebelum ini dilaporkan berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.50 tengah hari.

Siasatan awal mendapati pemandu wanita itu dipercayai tertekan pedal minyak sebelum kenderaannya terbabas lalu merempuh kedua-dua pelajar berkenaan.

Seorang mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala, manakala seorang lagi menerima rawatan di hospital.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here