SPRM tahan penjawat awam disyaki salah guna kedudukan, babit bekalan RM30,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang penjawat awam wanita kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan bagi urusan pembekalan barangan dan perkhidmatan bernilai kira-kira RM30,000 sempena kejohanan sukan bertaraf antarabangsa di sebuah pulau di negeri ini.

Suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Langkawi.

Menurut SPRM, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2023 dengan mencadangkan dua syarikat yang dimiliki individu sama bagi urusan pembekalan berkenaan.

“Suspek turut disyaki mempunyai kepentingan dalam kedua-dua syarikat terbabit,” kata kenyataan SPRM hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here