Harga petrol,diesel tanpa subsidi turun: RON97 20 sen,RON95 15 sen, Diesel 10 sen

HARGA petrol dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos ini, susulan penurunan harga minyak dunia minggu lalu.

Menerusi kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga RON97 turun 20 sen kepada RM4.15 seliter, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen kepada RM3.62 seliter, manakala diesel tanpa subsidi turun 10 sen kepada RM4.47 seliter.

Dalam masa sama, harga RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter, manakala diesel di bawah BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) kekal pada RM2.10 seliter.

Harga bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

MOF memaklumkan, penurunan itu susulan harga minyak dunia yang lebih rendah minggu lalu berikutan harapan terhadap penyelesaian konflik Amerika Syarikat-Iran.

“Namun begitu, premium risiko geopolitik kembali meningkat menjelang penghujung tempoh pengiraan APM apabila prospek rundingan antara Amerika Syarikat dengan Iran kembali merosot,” menurut kenyataan itu.

MOF turut memaklumkan, harga Brent meningkat hampir lima peratus pada Isnin berikutan kebimbangan terhadap pembukaan semula Selat Hormuz.

“Ketidaktentuan mengenai pembukaan semula Selat Hormuz terus menimbulkan risiko gangguan bekalan minyak dunia, sekali gus memberikan tekanan terhadap harga petroleum,” menurut kenyataan itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here