Ibu Truper Indiran minta henti spekulasi cemarkan nama ATM

ORANG diminta menghentikan sebarang spekulasi berhubung kematian anggota tentera Truper K.Indiran.

Ibu mendiang, S.Usha membuat permintaan itu sambil menegaskan kematian anak sulung daripada empat beradik itu tidak mempunyai unsur buli atau penderaan.

Selain katanya,  bedah siasat juga menunjukkan tiada kecederaan fizikal terhadap tubuh mendiang.

“Ketika menerima berita mengejut anak berada dalam keadaan kritikal saya cuma fikirkan sesuatu yang buruk telah berlaku. Tetapi, selepas menerima pengesahan hasil bedah siasat tiada unsur dia dibuli, dipukul atau dicederakan.

“Fizikalnya sangat normal. Jadi jangan cemarkan nama ATM. Kita tunggu sahaja siasatan,” katanya kepada pemberita di Taman Sri Nibong, Georgetown hari ini.

Mendiang Indiran ditemui tidak sedarkan diri ketika mengikuti kursus di Rejimen Pertama, Kor Armor Diraja, Kem Batu 10, Kuantan, Rabu lalu.

Usah menjelaskan, anaknya tidak mempunyai sebarang penyakit ketika menyertai ATM sebab itulah  mereka terkejut dengan kejadian tersebut.

Mendiang ialah anak kepada Mejar C. Kayamboo,  juruterbang TUDM yang maut dalam nahas pesawat TUDM jenis Beechcraft B200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang sebelum terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 2016.

“Mendiang bapanya anggota TUDM dan menjalani latihan yang lasak. Indiran juga beritahu latihan memang teruk dan susah tetapi itu biasa untuk menguji ketahanan, bukan buli atau pukul sampai berdarah,” kata Usha.

Usha berkata kehilangan dua insan tersayang ketika dalam perkhidmatan meninggalkan kesan amat mendalam tetapi tidak akan menghalang jika anaknya terutama anak ketiga yang berusia 17 tahun mahu menyertai pasukan beruniform.

Mendiang Indiran akan dikebumikan bersebelahan pusara bapanya di Tanah Perkuburan India Batu Lanchang kira-kira 2 petang ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img