Isu pelarian Myanmar bukan masalah baharu, legasi puluhan tahun – Anwar

ISU  pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu, sebaliknya legasi puluhan tahun yang memberi tekanan kepada negara dari aspek keselamatan, sosial dan pengurusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan MADANI mengambil langkah menangani isu berkenaan secara lebih tersusun, termasuk menerusi penguatkuasaan, penyelarasan antara agensi serta kerjasama dengan negara asal.

Beliau berkata, hasil rundingan dengan Myanmar, seramai 5,000 pelarian dipersetujui untuk dihantar pulang secara sukarela dan berperingkat.

“Hari ini, 1,476 pelarian memulakan fasa pertama selepas melalui proses yang dipersetujui kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, beliau akan memastikan isu berkenaan ditangani secara tuntas dengan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan.

Pada masa sama, katanya, pelaksanaan usaha berkenaan akan berlandaskan undang-undang dan nilai kemanusiaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here