JBPM sedia gerak STORM bantu operasi bencana di Nepal

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menggerakkan pasukan terbaik termasuk Special Tactical Operation and Rescue Malaysia (STORM) ke Nepal bagi membantu operasi bencana sekiranya menerima arahan kerajaan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, kesiapsiagaan itu bagaimanapun bergantung kepada permohonan rasmi kerajaan Nepal serta koordinasi Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Menurutnya, JBPM sudah membuat persiapan awal termasuk dari aspek kemahiran pasukan dan dokumentasi bagi membolehkan mereka digerakkan dalam tempoh singkat.

“Kita bersedia untuk menghantar pasukan jika dibuat pengarahan dan lagi satu jika mendapat permohonan daripada kerajaan Nepal.

“Jadi kalau kita mendapat pengarahan daripada Wisma Putra dan juga daripada NADMA, insya-Allah kita akan menyediakan pasukan terbaik untuk kita ke Nepal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, hari ini, lapor BH.

Nor Hisham berkata, aset dan pasukan JBPM boleh digerakkan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.

Jelasnya, pengalaman menggerakkan pasukan ke Turkiye sebelum ini membolehkan JBPM mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia, termasuk dari segi dokumentasi bagi mempercepatkan proses pergerakan.

“Untuk kita gerakkan (pasukan) secepat yang mungkin, kita ada pasukan yang kita sudah bersedia untuk persiapan (termasuk) dokumen,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here