Jerebu : Malaysia perlu lebih tegas terhadap Indonesia – Ahmad Fadhli

MALAYSIA perlu mengambil tindakan lebih tegas terhadap Indonesia jika terbukti jerebu yang melanda negara berpunca daripada kebakaran hutan di sana.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keadaan jerebu ketika ini cukup menyedihkan hingga menjejaskan pernafasan.

Beliau berkata, perkara itu dilihat ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Serdang tengah hari tadi sewaktu sidang berhenti rehat.

“Tengah hari ini sewaktu sidang berhenti rehat, saya menempuhi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Serdang dengan pemandangan jerebu yang cukup menyedihkan. Nak bernafas pun terasa cukup tersekat dengan keadaan jerebu yang melanda,” katanya dalam kenyataan melalu media sosial beliau.

Hari ini Timbalan Perdana Menteri Datu Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia masih belum menerima maklum balas daripada Indonesia berhubung tawaran bantuan bagi memadamkan kebakaran di Kalimantan.

Kata Ahmad Zahid tawaran  disampaikan sendiri ketika melakukan lawatan rasmi ke Jakarta dan bertemu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, membabitkan penghantaran tiga helikopter, sebuah pesawat dan 55 anggota.

Mengulas lanjut Ahmad Fadhli menggesa kerajaan membuat aduan rasmi melalui ASEAN sekiranya kebakaran hutan di Indonesia terbukti menjadi punca pencemaran jerebu.

Katanya, kerajaan juga boleh mendapatkan bantuan badan antarabangsa seperti Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) selain mula mengira jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung Malaysia.

“Perjanjian ASEAN berkaitan jerebu ini wajib dipinda. Perlu ada mekanisme yang membolehkan negara yang terbukti bertanggungjawab dikenakan denda dan diwajibkan membayar pampasan kepada negara yang terjejas,” tegasnya.

Ahmad Fadhli mencadangkan supaya Malaysia meneroka saluran Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah berkenaan.

“Kita bukan nak bergaduh dengan Indonesia. Hubungan dua negara mesti dijaga. Tetapi takkanlah setiap kali berlaku jerebu, rakyat kita kena tanggung begitu sahaja? Yang buat pencemaran, sepatutnya dialah yang kena bayar. Bukan rakyat negara jiran yang terpaksa menanggung akibatnya,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here