JKDM catat kutipan hasil RM76.18 bilion sepanjang 2025

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM76.18 bilion pada 2025, iaitu lebihan RM8.93 bilion berbanding unjuran hasil RM67.25 bilion yang ditetapkan pada awal tahun.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, kutipan hasil pada 2025 turut mencatat peningkatan sebanyak 16.18 peratus atau RM10.61 bilion berbanding RM65.57 bilion yang direkodkan pada 2024.

Seiring peningkatan ketara pada 2025, beliau berkata, prestasi kutipan hasil JKDM secara keseluruhannya memperlihatkan trend peningkatan yang konsisten dan berimpak tinggi bagi tempoh dari 2022 hingga 2025.

“Secara keseluruhannya, pencapaian ini mencerminkan peningkatan dua tahun berturut-turut melebihi RM10 bilion secara konsisten bagi tempoh 2024 dan 2025.

“Ini sekali gus menzahirkan keberkesanan pendekatan strategik JKDM dalam memperkukuh pematuhan cukai, penguatkuasaan dan pemudah cara perdagangan secara menyeluruh,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini, lapor Bernama.

Berhubung sasaran kutipan hasil tahun ini, Anis Rizana berkata perkara itu masih dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan.

“JKDM terus memainkan peranan strategik dalam menyokong agenda reformasi fiskal negara serta memastikan kelestarian kewangan Kerajaan Persekutuan melalui peningkatan prestasi pungutan hasil dan pemerkasaan penguatkuasaan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, JKDM telah melaksanakan pemindahan 1,053 waran perjawatan pegawai kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di 22 pintu masuk setakat 1 Oktober 2025.

“Walaupun berdepan cabaran peralihan sumber manusia, JKDM kekal berupaya mengekalkan prestasi pungutan hasil yang memberangsangkan melalui pengoptimuman proses kerja, penstrukturan operasi dan penggunaan teknologi secara strategik,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img