Kereta dihempap pokok tumbang, pemandu selamat

SEORANG pemandu terselamat selepas kereta Proton Saga BLM dipandunya dihempap pokok tumbang di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Jalan Sungai Merab, Kajang, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, pemandu berkenaan gagal mengelak sebelum pokok berkenaan menghempap kenderaannya sehingga menyebabkan bahagian hadapan kereta rosak.

Bagaimanapun, pemandu terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu turut menyebabkan laluan berkenaan terhalang sepenuhnya sebelum orang awam bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sepang dan Putrajaya bertindak memotong serta mengalihkan pokok berkenaan.

Selain itu, anggota APM turut mengendalikan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melintang di tengah jalan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan risiko kepada pengguna jalan raya lain, khususnya penunggang motosikal.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here