Kes bayi baru lahir dengan kesan tikam: Pelajar kolej lelaki direman seminggu

SEORANG pelajar kolej lelaki direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi perempuan baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, Kluang, semalam.

Perintah reman ke atas pelajar berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman di Mahkamah Majistret Kluang bermula hari ini sehingga 5 Ogos depan.

Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek wanita dalam kes itu masih dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Media hari ini melaporkan, polis menahan sepasang pelajar kolej berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, Kluang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima laporan pada kira-kira jam 1 petang mengenai seorang pelajar perempuan dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom di Kluang kerana dipercayai baru melahirkan anak.

“Sebaik melahirkan bayi berkenaan, pelajar itu telah menghubungi gurunya sebelum dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar itu sudah melahirkan seorang bayi selain mendapati terdapat satu lagi bayi perempuan dalam kandungannya,” kata Ab Rahaman.

Menurut Ab Rahaman, hasil siasatan lanjut di rumah sewa yang didiami pelajar terbabit membawa kepada penemuan mayat bayi perempuan.

Selain itu, pemeriksaan awal ke atas mayat bayi itu mendapati terdapat beberapa kesan tikaman namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan, katanya.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img