Nahas ragut nyawa tiga beranak: Pemandu dipercayai ambil dadah direman 4 hari

SEORANG pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kemalangan maut yang meragut nyawa tiga beranak di Jalan Batu 17, Hulu Langat di Kajang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata permohonan reman dibuat di Mahkamah Kajang membenarkan perintah reman ke atas lelaki berusia 42 tahun itu sehingga 2 Ogos ini.

“Setakat ini siasatan masih disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sebarang perubahan akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan, tiga beranak termasuk kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah SUV di Jalan Batu 17, Hulu Langat di Kajang.

Difahamkan, pemandu SUV jenis Perodua Aruz itu disyaki memandu di bawah pengaruh dadah.

Naazron dilaporkan berkata, kejadian berlaku pada jam 7.56 pagi itu membabitkan mangsa lelaki berusia 34 tahun yang juga mekanik, isterinya berusia 32 tahun dan anak lelaki mereka berusia tiga tahun.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img