Kes bunuh Irene Sofiya: Polis tahan 3 pelajar lelaki

TIGA pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui tidak bernyawa di sebuah sekolah di Yong Peng, semalam.

Ketiga-tiga suspek yang dipercayai belajar di sekolah sama dengan mangsa ditahan beberapa jam selepas mayat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ditemukan kira-kira jam 5.30 petang.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat perbuatan jenayah sebelum mayatnya ditemukan di dalam dewan sekolah berkenaan.

Difahamkan, salah seorang pelajar yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi ini bagi mendapatkan perintah reman bagi membantu polis melengkapkan siasatan, lapor BH.

Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sebelum nenek dan rakannya datang ke sekolah untuk mencarinya. Usaha pencarian itu kemudiannya membawa kepada penemuan mayat mangsa di kawasan sekolah tersebut.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta kaitan ketiga-tiga pelajar berkenaan dengan kematian mangsa.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here