Krisis Negeri Sembilan: UMNO NS gesa lihat rentetan peristiwa sebelum salahkan kerajaan semasa

UMNO Negeri Sembilan menyeru rakyat agar melihat rentetan peristiwa yang berlaku bermula di zaman pentadbiran Kerajaan pimpinan PKR dan bagaimana kita sampai ke tahap ini sebelum meletakkan kesalahan terhadap kerajaan yang kini sedang berusaha menyelesaikannya.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Sufian Maradzi berkata, kerajaan negeri hari ini memikul satu tanggungjawab yang berat iaitu menyelesaikan kemelut yang diwarisi dengan berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Adat Perpatih, keputusan mahkamah dan bidang kuasa institusi-institusi yang sah.

Berikut adalah teks penuh kenyataan media beliau:

𝐊𝐄𝐌𝐄𝐋𝐔𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍: 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀, 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐈 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓

  1. UMNO Negeri Sembilan mengambil maklum kenyataan KEADILAN Negeri Sembilan berhubung kemelut institusi dan pentadbiran negeri. Dalam membicarakan keadaan hari ini, adalah penting supaya keseluruhan rentetan peristiwa yang membawa Negeri Sembilan ke tahap ini tidak diketepikan atau ditafsir secara terpilih.
  2. Peristiwa 𝟏𝟕 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 merupakan antara titik paling penting dalam perkembangan tersebut. Kedudukan Undang Luak Sungei Ujong pada ketika itu dikatakan telah diputuskan secara kolektif melalui Dewan Keadilan dan Undang, namun perkara itu kemudiannya dipertikaikan oleh pihak-pihak yang hadir, termasuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.
  1. Justeru, persoalan mengenai Minit Mesyuarat DKU 17 April 2026 kekal fundamental. Mengapa rekod yang menjadi asas kepada keputusan sebesar itu tidak dikemukakan ketika pertikaian mula berlaku? Sekiranya rekod tersebut diperjelaskan sejak awal, sebahagian besar kekeliruan, pertikaian institusi dan krisis pentadbiran yang menyusul berkemungkinan dapat dielakkan.
  1. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk membicarakan kesan kemelut hari ini tanpa mengakui bagaimana kemelut tersebut bermula. Jangan sampai berlaku keadaan baling batu sembunyi tangan, sedangkan pentadbiran hari ini sedang berhadapan dengan pertikaian yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.
  1. Pertikaian inilah yang menjadi antara asas kepada hilangnya keyakinan UMNO/BN terhadap kepimpinan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun. Pendirian tersebut bukan penolakan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan, tetapi terhadap cara krisis institusi dan pentadbiran negeri dikendalikan di bawah kepimpinan beliau.
  1. Apabila penyelesaian politik tidak dicapai, beliau sendiri yang memilih DUN untuk dibubarkan dan mandat dikembalikan kepada rakyat. Pilihan raya telah berlangsung, rakyat telah membuat keputusan dan sebuah kerajaan baharu telah dibentuk melalui proses demokrasi yang sah. Mandat tersebut wajib dihormati sebagaimana semua pihak sebelum ini menuntut supaya kehendak rakyat dihormati.
  1. Kerajaan Negeri hari ini perlu diberikan ruang untuk menyelesaikan kemelut ini secara tertib, berperlembagaan dan penuh adab. Perkara yang menyentuh institusi diraja, adat dan struktur pemerintahan Negeri Sembilan tidak seharusnya diperlakukan sebagai medan untuk mencipta tekanan politik atau mendahului proses yang sedang berjalan.
  1. Jika KEADILAN Negeri Sembilan benar-benar mahu melihat kemelut ini diselesaikan, maka mulakan dengan persoalan yang masih menjadi asas kepada keseluruhan krisis: Pihak yang sedang dalam pertikaian menuntut dokumen tersebut dan Kerajaan sebelum ini gagal menyelesaikan perkara itu dengan tertib dan beradab. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐚𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚.
  1. UMNO Negeri Sembilan menyeru rakyat agar melihat rentetan peristiwa yang berlaku bermula di zaman pentadbiran Kerajaan pimpinan PKR dan bagaimana kita sampai ke tahap ini sebelum meletakkan kesalahan terhadap kerajaan yang kini sedang berusaha menyelesaikannya.
  1. Kerajaan Negeri hari ini memikul satu tanggungjawab yang berat: menyelesaikan kemelut yang diwarisi dengan berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Adat Perpatih, keputusan mahkamah dan bidang kuasa institusi-institusi yang sah. Semua pihak wajib menjaga bahasa dan tindakan supaya tidak mendahului proses tersebut.

Sekian.

𝐘𝐁 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐒𝐔𝐅𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐃𝐙𝐈

𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍

30 September 2026 / 18 Rabiulakhir 1448H



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here