Lampu jalan terbakar punca asap tebal di DUKE – Polis

KEPULAN asap tebal yang tular di media sosial berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), selepas Plaza Tol Sentul, hari ini dipercayai berpunca daripada kebakaran lampu jalan di lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pemeriksaan polis bersama pihak pengurusan lebuh raya DUKE mengesahkan asap itu berpunca daripada lampu jalan yang terbakar.

“Api berjaya dipadamkan dan kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Hasil pemeriksaan mendapati asap tersebut berpunca daripada lampu jalan terbakar dan api berjaya dipadamkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kejadian berlaku di Ramp 0.5 dari arah Greenwood menuju ke susur Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sebelum ini, video yang memaparkan kepulan asap menyelubungi kawasan berhampiran laluan itu tular di media sosial, dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal dilihat melalui kawasan terbabit.

Anuar Bakri berkata, tindakan susulan berhubung kejadian itu masih dalam tindakan pihak pengurusan lebuh raya DUKE.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here