Lelaki didakwa edar 72kg ganja di Alor Setar

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan mengedar 72 kilogram (kg) dadah jenis ganja pada bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Faiz Nazri, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Eliana Ismail.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 72kg ketika ditahan di jalan selepas Plaza Tol Alor Setar Selatan kira-kira jam 6.30 petang pada 24 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sharmila Md Asri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan turut memaklumkan bahawa tiada tawaran jaminan diberikan memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Februari depan untuk sebutan semula kes.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here