Nahas Jalan Kuching : Pemandu BYD Seal masih dirawat, kes akan dirujuk DPP

PEMANDU kereta BYD Seal yang terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga mengorbankan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Kuching, masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan, manakala pegawai penyiasat sedang melengkapkan siasatan dan memantau keadaan pemandu berkenaan.

“Kes dalam seberapa segera akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan lanjut. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, keluarga mangsa, Asiah Ahmad Syahir, 5, dilaporkan akan menunggu proses rawatan pemandu serta siasatan polis selesai sebelum mengambil tindakan seterusnya bagi menuntut keadilan.

Bapa saudara mangsa, Muhammad Amin Mohamad Nor Izam, 25, berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung kemalangan yang meragut nyawa anak sulung abangnya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.44 petang itu, Asiah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati Perodua Bezza yang dinaiki mangsa bersama keluarganya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah BYD Seal sebelum kenderaan itu berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here