Lima warga Indonesia ditahan, disyaki kendali pusat judi dalam talian

SEBUAH kediaman mewah di Seksyen U13, Shah Alam, dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket perjudian dalam talian yang didalangi lima warga Indonesia.

Kegiatan itu terbongkar selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melancarkan operasi khas di premis berkenaan, baru-baru ini.

Dalam serbuan oleh sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, lima warga Indonesia terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 23 hingga 41 tahun ditahan.

JIM berkata, siasatan awal mendapati kediaman mewah itu dipercayai digunakan sebagai pusat operasi bagi menguruskan transaksi tambah nilai serta akaun perjudian pelanggan.

Menurutnya, kegiatan haram itu giat dipromosikan menerusi aplikasi media sosial seperti WhatsApp dan Telegram.

“Sindiket berkenaan dipercayai beroperasi tanpa henti selama 24 jam sehari dengan membahagikan pekerja kepada dua syif bagi memaksimumkan keuntungan.

“Aktiviti itu dipercayai sudah bertapak di premis itu sejak kira-kira setahun lalu,” katanya dala kenyataan, hari ini.

Dalam operasi sama, pihak imigresen turut menyita pelbagai peralatan elektronik yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan berkenaan.

“Antara barangan dirampas ialah enam set monitor komputer, 12 telefon bimbit, dua penghala internet serta kunci premis berkenaan,” katanya.

JIM berkata, semua warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here