Lelaki maut dihanyutkan arus ketika berkelah

SEORANG lelaki berusia 28 tahun maut selepas dihanyutkan arus ketika berkelah di River Bothung View Campsite, Kiulu, petang semalam.

Mangsa, Mohd Hazrul Bin Tanjong @ Mohd Jafaruddin, ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 4.15 petang sebelum diberikan bantuan awal pernafasan (CPR) oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong Beki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik tapak perkhemahan itu pada jam 4.15 petang.

Menurutnya, enam anggota BBP Tuaran bersama dua anggota Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan empat anggota jentera REVO digerakkan ke lokasi seminit selepas panggilan diterima.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) pada jam 5.11 petang.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.21 petang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here