Mangsa serangan bom rakyat Malaysia stabil, akan dibawa pulang apabila dibenarkan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan di Takbai, Thailand pagi ini dalam keadaan stabil, selamat dan ketika ini menerima rawatan di Hospital Narathiwat.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan kedua-dua mangsa.

“Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil dan selamat. Mereka akan dibawa pulang ke Malaysia sebaik sahaja mendapat kebenaran dari Hospital Narathiwat,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Media hari ini melaporkan dua rakyat Malaysia cedera akibat terkena letupan bom ketika menaiki sebuah kenderaan di Ban Praiwan, Takbai di Narathiwat pagi ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Abdullah Syarapi Abd Rahman, 45, dari Kelantan dan Muhammad Yusri Udin, 38, berasal dari Sabah.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha berkata, Abdullah Syarapi mengalami kecederaan akibat serpihan bom di bahagian dahi, kecederaan serius pada kaki kiri dan kecederaan di kepala, manakala Muhammad pula hanya cedera ringan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img