Mayat lelaki bertatu ‘King’ ditemukan di tebing sungai

MAYAT seorang lelaki ditemukan tersangkut di tebing sungai di Bandar Sunway, Subang Jaya  petang semalam, dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan fizikalnya.

Ketika ditemukan, terdapat ukiran tatu khas bertulis ‘King’ serta imej mahkota pada lengan kanan mayat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan mayat itu pada jam 2.43 petang selepas menerima panggilan daripada orang awam di lokasi terbabit.

“Mayat itu ditemukan dalam keadaan hanya memakai seluar pendek berwarna hitam dan tidak berbaju.

“Pada mayat itu terdapat gelang pada lengan kanan dan ukiran tatu bertulis ‘King’ serta gambar mahkota di bawah pelipat lengan kanan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Wan Azlan berkata, identiti serta keturunan mayat itu belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan fizikal juga tidak dapat dijalankan di tempat kejadian berikutan keadaan mayat yang tidak sempurna.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, dengan cebisan daging serta tulang mayat itu telah diambil bagi tujuan semakan menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Balai Polis Bandar Sunway di talian 03-5621 2222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222 bagi membantu siasatan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img