MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Perkara itu dizahirkan menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau hari ini.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah serta ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran itu.
Tun Dr Hasmah, isteri kepada mantan Perdana Menteri itu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi ini pada usia 100 tahun.
Berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Tun Dr Hasmah turut dikenali sebagai doktor perubatan dan pernah terlibat dalam bidang kesihatan awam.





