MCMC pantau maklumat palsu malam pengundian, proses kira undi – Fahmi

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta terus bekerjasama rapat dengan penyedia platform media sosial bagi mengekang penyebaran maklumat palsu berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat ini suruhanjaya itu belum menerima sebarang aduan rasmi berkaitan provokasi di platform media sosial, namun kerajaan tetap memberi perhatian terhadap risiko penyebaran maklumat palsu, khususnya pada malam selepas proses pengundian dan proses pengiraan undi.

“Yang kita agak risau adalah pada malam hari mengundi. Kita tidak mahu ada maklumat palsu mengenai keputusan atau siapa yang menang satu-satu kerusi itu tersebar,” katanya selepas melawat Pusat Operasi Bernama bagi bagi PRN Johor ke-16 di Johor Bahru hari ini.

Beliau diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin; Ketua Pengarang, Arul Rajoo Durar Raj dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Bernama, Mohd Haikal Mohd Isa.

Fahmi berkata, pihaknya turut memberi perhatian terhadap penyalahgunaan grafik dengan menggunakan logo agensi media arus perdana bagi mengelirukan orang ramai.

Dalam pada itu, beliau menggesa lebih banyak platform media sosial menyertai Majlis Media Malaysia (MMM) bagi membolehkan isu berkaitan kandungan tidak beretika diuruskan secara kawalan kendiri.

Menurutnya, penyertaan lebih luas dalam majlis berkenaan penting kerana garis panduan platform antarabangsa sering bersifat umum dan tidak mengambil kira konteks tempatan.

Katanya, pendekatan kawalan kendiri yang lebih tersusun dapat membantu memperkukuh ekosistem media negara tanpa menjejaskan kebebasan media.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img