Rampasan 521kg dadah di Laos: AKPS jalankan siasatan dalaman

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) membuka siasatan dalaman susulan laporan sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia sebelum dirampas pihak berkuasa Laos bersama 521 kilogram (kg) dadah jenis crystal methamphetamine.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dalaman itu sedang dijalankan bagi perkara yang berada di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci aspek yang sedang diteliti dalam siasatan berkenaan.

“Siasatan dalaman memang dibuat untuk pihak kami. Namun perkembangan lanjut berhubung kes ini perlu dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kerana ia berkaitan dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor BH.

Media hari ini melaporkan, Polis Laos merampas 521kg dadah jenis crystal methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang pada 1 Oktober lalu.

Pesawat itu dilaporkan tiba dari Malaysia, manakala 13 individu turut ditahan dalam operasi berkenaan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily memaklumkan, siasatan dalaman agensi hanya melibatkan perkara dalam bidang kuasa agensi itu manakala aspek berkaitan rampasan dan kesalahan dadah diserahkan kepada JSJN.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here