MPKS gempur premis perniagaan warga asing di Puncak Alam

MAJLIS Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menggempur tujuh premis perniagaan yang dikendalikan warga asing di sekitar Puncak Alam, dekat Shah Alam dalam operasi bersepadu semalam.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu bermula jam 9 pagi bagi mengekang aktiviti perniagaan yang tidak mematuhi syarat lesen dan peraturan.

SITAAN peralatan premis dalam operasi bersepadu di pusat cuci kenderaan yang dikuasai warga asing oleh MPKS, JIM dan SSM di Puncak Alam, Selangor semalam. GAMBAR MPKS

“Operasi lebih lima jam itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam berhubung aktiviti perniagaan warga asing di kawasan berkenaan yang dipercayai telah beroperasi sejak lima bulan lalu.

“Sebanyak 10 premis telah disasarkan melibatkan pusat cuci kenderaan, kedai runcit serta kedai aksesori kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bagaimanapun hanya tujuh premis dapat diperiksa kerana tiga premis lagi telah ditutup dan pekerja mereka dipercayai telah melarikan diri bagi mengelak dikenakan tindakan.

Mohamad Lutfi berkata, MPKS telah mengeluarkan 15 kompaun dan lima notis atas pelbagai kesalahan termasuk lesen perniagaan, iklan tanpa lesen, kebersihan premis dan halangan tempat awam.

“Premis diarahkan tutup serta-merta dan semua peralatan telah disita, selain beberapa lelaki warga asing turut ditahan atas kesalahan imigresen,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img