MPV rempuh kumpulan gajah di LPT 2, suami isteri cedera

SEPASANG suami isteri cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki melanggar sekumpulan gajah di Kilometer 274.6, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT 2) selepas Plaza Tol Cheneh, menghala ke Kuala Terengganu, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, pemandu, Abdul Wahid Ismail, 54, dari Rumah Awam Kos Rendah Pasir Gajah, Kemaman cedera di tangan.

Isterinya, Fauziah Muda@Jusoh, 52, turut cedera di tangan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Zubaderi Dahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.31 malam.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan Toyota Estima melanggar sekumpulan gajah yang melintas di tempat kejadian.

“Kita bertindak mengeluarkan mangsa dan memberi rawatan awal.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img