Tragedi DUKE: Keputusan DNA dua penuntut diketahui esok

KEPUTUSAN ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti dua penuntut yang rentung dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dijangka diperoleh esok ketika siasatan tragedi itu terus dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, keputusan ujian berkenaan penting bagi melengkapkan proses pengecaman mangsa yang maut dalam kejadian terbabit.

Menurutnya, polis turut sudah merakam keterangan seorang penumpang warga Singapura berusia 20 tahun yang terselamat dalam kemalangan itu bagi membantu siasatan.

“Kereta itu juga akan dihantar ke PUSPAKOM ( Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) untuk pemeriksaan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Semalam, media melaporkan dua penuntut universiti rentung selepas kereta BMW dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu, kereta dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Kenderaan berkenaan kemudian melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya ketika dalam perjalanan dari Jalan Duta menghala ke Selayang sebelum terbakar.

Insiden itu menyebabkan dua penumpang rentung di lokasi kejadian manakala seorang lagi penumpang warga Singapura berjaya diselamatkan.

Polis kini meneruskan siasatan termasuk aspek teknikal kenderaan dan meneliti semua keterangan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img