Nahas tiga kenderaan: Pemandu van maut selepas enam jam bertarung nyawa

SEORANG pemandu van yang cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 6, Jalan Ranau-Telupid petang semalam, meninggal dunia selepas hampir enam jam bertarung nyawa.

Mangsa, Jaya Osman, 51, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.15 malam ketika menerima rawatan di Hospital Ranau.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin Mahmud berkata, nahas yang berlaku kira-kira jam 4.57 petang itu membabitkan sebuah van, lori dan sebuah Toyota Veloz.

“Siasatan awal di lokasi mendapati van dipandu mangsa dari arah Telupid memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori dari arah Ranau.

“Akibat pelanggaran itu, van berkenaan mengundur lalu melanggar sebuah Toyota Veloz yang berada di belakang,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Menurut Mursalin, pemandu lori berusia 31 tahun dan pemandu Toyota Veloz berusia 59 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius pada kedua-dua kaki sebelum dibawa ke Hospital Ranau untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan malam tadi,” katanya.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img