Polis buru pemandu van terbalik di Jasin

POLIS menjalankan siasatan berhubung kemalangan membabitkan sebuah van yang dipercayai terbabas di Simpang Kerayong, Jasin, awal pagi tadi selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Jasin, Lee Robert berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan awal berhubung insiden berkenaan.

Menurutnya, tindakan segera diambil sejurus polis mengesan video berdurasi 22 saat itu yang dimuat naik di Facebook.

“Seawal pagi, sepasukan anggota trafik bersama MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin telah digerakkan ke lokasi berdasarkan maklumat dalam video tersebut.

“Namun setibanya di tempat kejadian, didapati pemandu serta kenderaan terbabit sudah tiada di lokasi,” katanya.

Rakaman tular itu memaparkan sebuah van dalam keadaan terbalik di bahu jalan, manakala seorang lelaki dipercayai pemandu dilihat terhuyung-hayang berhampiran lokasi kejadian.

Turut kedengaran suara seorang wanita dipercayai perakam yang mendakwa lelaki terbabit berada dalam keadaan mabuk ketika insiden berlaku.

Lee berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu terbabit serta mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img