‘’Nak debat apa? Mereka tak ada modal!’’ – Tok Mat Hasan

TINDAKAN calon Pakatan Harapan DUN Puteri Wangsa, Dr Maszleen Malik mahu berdebat dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi disebabkan mereka tidak ada modal kempen.

 Timbalan Presiden UMNO,Datuk Seri Mohamed Hasan berkata, pihak lawan ketandusan isu untuk dijadikan modal kempen selepas gagal mempertikaikan prestasi kerajaan negeri diterajui BN.

“Mereka dah tak ada modal. Nak debat apa? Nak cakap apa pasal pentadbiran negeri Johor? Menteri besar mengurus dengan baik, prestasi wakil rakyat pun baik.

“Bukan standard Maszlee nak berdebat dengan menteri besar, debat dengan ketua bahagian sahajalah,” katanya selepas program sarapan bersama jentera BN di Kukup, Tanjung Piai.

Onn Hafiz yang bertanding di DUN Machap sebelum ini menolak pelawaan Maszlee untuk berdebat dengan menegaskan budaya politik di Johor bukan bertikam lidah atau berdebat, selain mereka berdua bertanding di kerusi berlainan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad meminta pengundi tidak keliru dengan tindakan pihak lawan cuba mengaitkan jangkaan kemenangan BN pada PRN Johor dengan isu pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa kena-mengena kerajaan negeri Johor dengan pembebasan Datuk Seri Najib? Kerajaan negeri tidak mempunyai jurisdiksi atau kuasa dalam perkara itu.

“Kalau ada pun, ia tertakluk kepada kuasa pengampunan yang diperuntukkan mengikut undang-undang. Jadi jangan terkeliru dengan naratif mereka,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img