PEMILIK berdaftar kenderaan diesel persendirian yang berhasrat memindahkan kelayakan subsidi BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) perlu mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 27 hari bulan setiap bulan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal www.budimadani.gov.my atau di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tanpa sebarang dokumen sokongan.

Bagi kenderaan jenis pikap atau jip yang layak, pemilik dikehendaki memohon tambahan 100 liter sebulan terlebih dahulu sebelum proses pemindahan dilaksanakan.
Pemindahan yang diluluskan sebelum 27 hari bulan membolehkan penerima menggunakan kelayakan subsidi bermula 1 hari bulan berikutnya.





