PERMOHONAN pemindahan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang masih belum selesai diproses setakat 15 September lalu dikembalikan kepada pemohon untuk tindakan lanjut.
Kementerian Kewangan (MoF) mengesahkan bahawa pemohon terbabit perlu mengemukakan permohonan baharu di bawah syarat penambahbaikan terkini yang membenarkan pemindahan kepada pengguna sebenar bukan ahli keluarga.

Manakala bagi pemindahan yang telah diluluskan sebelum 16 September, statusnya adalah kekal muktamad.
Setiap kenderaan hanya membenarkan pemindahan sekali sahaja dan kelayakan yang diluluskan tidak boleh dipindahkan semula kepada pemilik atau individu lain.





