Pelajar lelaki 15 tahun maut motosikal rempuh treler berhenti tepi jalan

SEORANG pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal dan treler di Jalan By Pass di Pendang hari ini.

Mangsa yang berusia 15 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada jam 1.40 petang membabitkan dua motosikal masing-masing ditunggang pelajar berusia 15 tahun manakala treler berkenaan dipandu lelaki berusia 27 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler terbabit yang datang dari arah Kuala Kedah menghala ke Padang Pusing memberi isyarat untuk berhenti di bahu kiri jalan.

“Pemandu kemudian mendakwa terdengar bunyi dentuman dari arah belakang dan mendapati motosikal Honda EX5 Dream Fi yang ditunggang mangsa melanggar sisi sebelah kanan treler dan tercampak di tengah jalan.

“Dalam masa sama sebuah lagi motosikal iaitu Yamaha 135LC tidak sempat membrek, lalu melanggar mangsa, ” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Menurut Rodzi, mangsa yang merempuh treler itu maut manakala penunggang kedua cedera ringan dan pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, pemandu lori yang didapati negatif dadah berdasarkan ujian saringan air kencing kini ditahan untuk tindakan lanjut selepas memberhentikan kenderaan tanpa isyarat sepatutnya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here