Pelancong China maut ketika sertai snorkeling di perairan Pulau Pom Pom

SEORANG pelancong wanita warga China meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai aktiviti snorkeling bersama keluarganya di perairan Pulau Pom Pom di Semporna semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 66 tahun berasal dari wilayah Yunan, China, dilaporkan mengadu tidak selesa sebelum meminta untuk dibawa naik ke atas bot.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, sebaik berada di atas bot, mangsa didapati sudah tidak sedarkan diri

“Usaha memberikan bantuan pernafasan (CPR) dilakukan terhadap mangsa, namun tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hiap Wah berkata, hasil pemeriksaan doktor di wad kecemasan mengesahkan mangsa yang mempunyai sejarah penyakit asma sejak 10 tahun lalu telah meninggal dunia.

Bagaimanapun katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti keadaan sebenar, sehubungan itu menasihatkan pengusaha pelancongan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan, khususnya ketika aktiviti rekreasi air.

Polis turut meminta saksi mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mohammad Ali Amat di talian 013-212 0852.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here