Pemansuhan AUKU dialu-alukan tetapi mahasiswa jangan diperalatkan

Oleh Datuk Ibrahim Ali

PARTI PUTRA dan saya secara peribadi amat mengalu-alukan dan amat gembira apabila Kerajaan membuat keputusan untuk memansuhkan sapenuhnya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Keputusan yang sudah lama tertangguh dan sebelum ini, semasa menjadi Ahli Dewan Rakyat Penggal 1886,1990 dan 2008 saya tidak pernah luntur semangat mendesak AUKU dimansuhkan… ia boleh disemak dalam Hansard Dewan Rakyat.

 AUKU diperkenalkan oleh kerajaan selepas berlakunya tunjuk perasaan Isu Baling pada bulan Disember 1974 yg mengegarkan negara dan juga peristiwa tunjuk perasaan pelajar ITM menuntut Taraf Universiti pada 22 April juga pada Tahun 1974.

Datuk Ibrahim Ali (kanah) ketika menyertai demonstrasi mahasiswa 1974.

Susulan Peristiwa Baling menyebabkan 11 pemimpin pelajar ditahan di bawah Akta ISA termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya. Kemudian selepas 60 hari ditahan untuk soal siasat, sembilan orang dibebaskan manakala Anwar dan saya ditahan di Kem Tahanan Kemunting Taiping Perak selama 2 tahun.

Dibebaskan Disember I976. Blok Tahanan No 8 dan Alhamdulilah saya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda tahun akhir dalam Kem Tahanan Kemunting.

Ia pengalaman nostalgia peribadi yang saya tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini. Peristiwa Tunjuk perasaan menuntut Taraf Universiti untuk ITM dan Tunjuk Perasaan Baling 1974 menyebabkan AUKU dilaksanakan telah saya rekod dan tulis panjang lebar dalam buku biografi saya bertajuk ‘Perjuangan Tanpa Noktah’.

 Sebelum AUKU dilaksanakan pelajar-pelajar di menara gading bebas bersuara dan bergerak tanpa sekatan oleh pihak pengurusan Universiti. Malah yuran yang dipungut daripada pelajar untuk Kesatuan Mahasiswa diurus secara langsung oleh Kesatuan Mahasiswa tanpa campur tangan pihak pengurusan Universiti.

Kesatuan Mahasiswa bebas bergerak dan bebas mengadakan apa jua aktiviti termasuk Sudut Pidato atau dikenali sebagai Speaker Corner. Kebebasan ini telah melatih para pelajar atau mahasiswa memupuk semangat jati diri yang kuat dan luar biasa selain daripada menimba ilmu di bilik kuliah.

Pendedahan melalui penglibatan para mahasiswa tentang isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara telah menyediakan bakal graduan yang tidak kaku, yakin diri dan latihan berani menghadapi risiko serta ada daya kreativiti.

Kebebasan yang dinikmati oleh para mahasiwa tidak di salah gunakan dan tidak bertindak secara sesuka hati. Ia diputuskan oleh mesyuarat Pimpinan Mahasiswa dan mereka di pilih melalui pilihanraya bebas dan tidak seperti selepas AUKU di aksanakan di mana campurtangan yang diatur oleh pihak Universiti dan ada juga peranan Biro Tatanegara utk memastikan pelajar yang pro kerajaan sahaja dipilih.

Mahasiswa bermula dengan umur 21 tahun dan sekarang umur 18 tahun sudah boleh mengundi. Apa yang dibimbangkan lagi. Kebebasan mengajar tanggungjawab dan menekan kebebasan bererti menanam bibit ketakutan atau pemberontakan dalam jiwa anak-anak muda yang bakal mewarisi negara.

Pemansuhan AUKU adalah antara reformasi yang saya tunggu-tunggu dan ia satu anugerah kepada kebebasan mahasiswa  di menara gading. Selepas AUKU di mansuhkan, Kesatuan Mahasiswa bebas menjemput sesiapa sahaja untuk memberi ceramah dan pidato bagi memenuhi progran dan aktiviti mahasiswa.

Tetapi Pimpinan Mahasiswa mestilah benar-benar bertanggungjawab dan memutuskan apa jua program dan tindakan mestilah dibincang dan putus secara konsensus serta tidak diperalatkan oleh mana-mana parti politik seperti sebelum AUKU di mansuhkan.

Pada waktu itu Kesatuan Mahasiswa tidak diperalatkan oleh mana parti politik atau pun orang luar.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here