Pesara polis wanita dikejar 50km, kantoi empat biji pil ekstasi dalam kereta

SEORANG pesara polis wanita dikejar sejauh kira-kira 50 kilometer dari Rembau hingga Melaka sebelum berjaya ditahan polis selepas didapati memiliki pil disyaki ekstasi dalam kejadian sekitar jam 10.30 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, wanita berusia 65 tahun didapati positif dadah jenis Amphetamine.

“Anggota kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sedang melakukan rondaan menerima maklumat mengenai sebuah kereta Honda City hitam yang melanggar kenderaan lain sebelum melarikan diri di Taman Sedia Raja.

“MPV kemudian terserempak dengan kereta itu dan cuba memberhentikannya, namun suspek enggan memberi kerjasama sebelum memecut ke arah Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil kerjasama anggota ronda Balai Polis Kota, MPV Alor Gajah dan MPV Melaka Tengah, kenderaan suspek akhirnya berjaya dipintas di Jalan Bukit Beruang, Melaka.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta menemukan satu beg mengandungi sepaket plastik lutsinar berisi empat pil disyaki dadah jenis ekstasi,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di tubuh badan suspek bagaimanapun tidak menemukan sebarang barang salah.

Dalam masa sama, polis turut menerima laporan kemalangan membabitkan kereta suspek dengan sebuah van Toyota Hiace dan Perodua Viva di daerah Rembau.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Rule LN 166/59,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img