PM hubungi Vijay, bakal ke India September ini hadiri Sidang Kemuncak BRICS

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini sempat berbual mesra dan bertanya khabar dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, Joseph Vijay Chandrasekhar.

Dalam perbualan itu, Perdana Menteri turut memaklumkan mengenai rancangan beliau ke India pada September ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS.

Menurut Anwar, beliau sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Vijay atas amanah besar yang sedang digalas oleh pemimpin itu demi rakyat Tamil Nadu.

“Saya turut maklumkan akan ke India pada September nanti bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS serta mengadakan pertemuan dengan PM Modi (Perdana Menteri India Narendra Modi) dan jika ada kesempatan, akan mengadakan kunjungan singkat ke Tamil Nadu,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Anwar turut mendoakan agar Vijay terus diberikan kekuatan dan hikmah untuk memimpin serta mentadbir dengan baik demi kesejahteraan rakyat dan masa depan Tamil Nadu.

Pada 12 Mei lalu, Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah kepada sahabatnya itu, yang juga ikon perfileman India Selatan atas pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu selain menyatakan keterujaan untuk menjalinkan kerjasama erat dengan pemimpin berkenaan pada masa akan datang.

Vijay, 52, yang beralih daripada kerjaya lakonan prolifik kepada politik sepenuh masa, memimpin parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) yang meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img