PM minta jangan sorok kes buli, mangsa mesti dibela

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak menyembunyikan kes buli di sekolah hanya bagi mengelakkan imej institusi pendidikan tercalar.

Perdana Menteri berkata, perbuatan melindungi kes sedemikian merupakan satu kezaliman kerana mangsa akhirnya gagal mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Saya sangat tidak senang apabila dalam mesyuarat Jemaah Menteri dimaklumkan mengenai kes buli di sekolah.

“Mungkin jumlahnya tidak ramai, namun perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh berlaku di semua sekolah tanpa pengecualian.

“Jika banyak kes tidak diketahui, ia mungkin kerana ada pengetua atau guru yang cuba melindunginya supaya tidak timbul persepsi negatif terhadap sekolah. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah pelajar yang didera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin di Bukit Mertajam, hari ini.

Anwar turut mengingatkan bahawa pembentukan sahsiah dan akhlak pelajar bukan hanya tanggungjawab guru, sebaliknya memerlukan penglibatan ibu bapa, masyarakat serta pelajar sendiri.

Beliau berkata, budaya buli mesti dibendung kerana ia bercanggah dengan matlamat sistem pendidikan yang mahu melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img