Lelaki Malaysia didakwa seludup 5kg methamphetamine di Sydney

POLIS Australia mendakwa seorang warga Malaysia atas cubaan mengimport methamphetamine yang ditemukan tersembunyi dalam bagasi di Lapangan Terbang Sydney, lapor Xinhua.

Polis Persekutuan Australia (AFP) dan Pasukan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat memaklumkan lelaki berusia 66 tahun itu diminta menjalani pemeriksaan bagasi sejurus tiba di Sydney melalui penerbangan dari Thailand pada Khamis.

Pemeriksaan sinar-X ke atas beg pakaian lelaki itu mengenal pasti kejanggalan dan pemeriksaan susulan menemukan 10 botol yang dilabelkan sebagai serbuk wangian, yang mengandungi lima kilogram methamphetamine.

Lelaki warga Malaysia itu ditahan dan didakwa atas satu pertuduhan cuba mengimport kuantiti komersial dadah kawalan sempadan.

Jika sabit kesalahan, dia berhadapan hukuman maksimum penjara seumur hidup.

AFP dan ABF berkata pihak pendakwaan akan berhujah di mahkamah bahawa lelaki itu memaklumkan kepada pegawai bahawa dia direkrut melalui media sosial untuk membawa beg pakaian itu dari Thailand ke Australia sebagai balasan bayaran.

Dua telefon bimbit turut dirampas oleh penyiasat untuk pemeriksaan forensik.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img